Syarat-syarat Permohonan Penajaan Institut Statistik Malaysia (ISMy)
- ismycouncil
- Sep 26
- 2 min read
Institut Statistik Malaysia (ISMy) amat menggalakkan penganjuran pelbagai aktiviti di pelbagai peringkat. Seiring dengan peningkatan permohonan penajaan yang diterima, ISMy sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak berasaskan keuntungan perlu menetapkan garis panduan penajaan agar pemberian sokongan adalah adil dan saksama untuk semua permohonan.
Berikut adalah maklumat dan syarat asas bagi permohonan penajaan yang berkuat kuasa sebelum penyertaan maklumat persetujuan penajaan:
Syarat Umum Penajaan
Minimum Ahli ISMy dalam Universiti/Organisasi
- Universiti yang memohon penajaan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 10 ahli aktif (sama ada Ahli Biasa sahaja, Ahli Seumur Hidup sahaja, atau gabungan kedua-duanya).
Penglibatan dalam Penganjuran Persidangan
- Sekurang-kurangnya 2 ahli ISMy (Ahli Biasa atau Ahli Seumur Hidup) dari universiti tersebut hendaklah terlibat dalam jawatankuasa penganjur konferens.
Penglibatan Ahli Baharu
- Universiti perlu memberi jaminan bahawa konferens tersebut boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 2 ahli baharu ISMy (Ahli Biasa atau Ahli Seumur Hidup), sama ada dalam kalangan pelajar atau kakitangan akademik. Disaran menyediakan borang keahlian ISMy sepanjang program bagi memudahkan pendaftaran baharu. Borang yang lengkap bersama bayaran boleh dihantar kepada Setiausaha Kehormat ISMy sebagai bukti keahlian.
Tempoh Permohonan
- Permohonan perlu dihantar kepada Setiausaha Kehormat ISMy sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum acara berlangsung.
Peruntukan Penajaan (bermula 25 Julai 2025)
Persidangan / Simposium
Maksimum 5 persidangan, RM500 per persidangan.
Terhad kepada 1 persidangan bagi setiap universiti/organisasi setahun.
Bengkel / Pertandingan / Program Komuniti
Maksimum 5 program, RM250 per bengkel.
Terhad kepada 1 program bagi setiap universiti/organisasi setahun.
Dengan penetapan syarat dan garis panduan ini, diharapkan penganjuran aktiviti di bawah naungan ISMy dapat dilaksanakan secara tersusun, telus, dan adil. ISMy sentiasa komited menyokong usaha yang dapat memperkukuhkan komuniti statistik dan memperluas jaringan ahli di seluruh negara.
Sebarang pertanyaan lanjut atau permohonan penajaan boleh dihantar terus kepada Setiausaha Kehormat ISMy melalui emel rasmi ismycouncil@gmail.com
Penafian: Syarat-syarat dan kadar penajaan ini tertakluk kepada semakan dan perubahan dari semasa ke semasa mengikut keperluan serta kelulusan Ahli Majlis ISMy.
Sekian. Terima kasih.
-logo.png)


Comments