ANUGERAH INSTITUT STATISTIK MALAYSIA 2024
- ismycouncil
- 1 day ago
- 1 min read
Institut Statistik Malaysia (ISMy) dengan penuh penghargaan telah meraikan tokoh-tokoh dan individu cemerlang melalui penganugerahan Anugerah Institut Statistik Malaysia 2024 yang berlangsung pada 7 Mac 2024. Majlis ini amat bermakna kerana ia merupakan kali pertama penganugerahan ISMy dianjurkan.
Enam penerima diraikan dalam empat kategori utama: Anugerah Felo, Anugerah Statistik Muda, Anugerah Sanjungan Budi, dan Anugerah Pelajaran.
🏅 Anugerah Felo
Prof. Dr. Yong Zulina Zubairi

🏅 Anugerah Statistik Muda (Akademik)
Prof. Madya Dr. Nurulkamal Masseran

🏅 Anugerah Sanjungan Budi
Prof. Emeritus Dato’ Wira Dr. Jamil Osman

🏅 Anugerah Sanjungan Budi
Prof. Dr. Azami Zaharim

🏅 Anugerah Pelajaran
En. Ahmad Kabeer Naushad Ali

🏅 Anugerah Pelajaran
En. Mohamad Ameer Imran Mohd Noor

Penganugerahan sulung ISMy ini menandakan langkah penting dalam menghargai sumbangan tokoh akademik, profesional, dan pelajar dalam bidang statistik. Semoga kejayaan para penerima menjadi inspirasi untuk terus memartabatkan bidang statistik demi pembangunan negara.
Disediakan oleh,
Dr. Nur Haizum binti Abd Rahman
Setiausaha Kehormat II ISMy
Comments