top of page
Search

AHLI KEHORMAT INSTITUT STATISTIK MALAYSIA

Institut Statistik Malaysia (ISMy) pada 7 Mac 2024 dengan sukacitanya mengumumkan penganugerahan Ahli Kehormat (Honorary Member) kepada dua tokoh terkemuka negara yang telah memberikan sumbangan besar dalam bidang pendidikan tinggi, penyelidikan, serta pembangunan statistik negara.


YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin

Ketua Perangkawan Malaysia


ree

Beliau telah memacu Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ke arah menjadi sebuah organisasi bertaraf dunia dalam penyediaan data dan statistik rasmi negara. Di bawah kepimpinan beliau, DOSM memperkenalkan pelbagai inisiatif inovatif, termasuk penggunaan teknologi digital dan analitik canggih untuk memperkukuh ketelusan, keterbukaan data, serta keterangkuman masyarakat dalam menggunakan maklumat statistik.

Pelantikan beliau sebagai Ahli Kehormat ISMy adalah pengiktirafan kepada komitmen beliau dalam memperkukuh ekosistem statistik Malaysia serta menjadikan data sebagai asas penting dalam pembuatan dasar, penyelidikan dan pembangunan negara.



YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor

Mantan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM)


ree

Beliau merupakan seorang ahli akademik dan pentadbir universiti yang disegani. Beliau memainkan peranan penting dalam memperkasa bidang pendidikan tinggi negara melalui kepimpinan beliau di UiTM, universiti terbesar di Malaysia dari segi bilangan pelajar dan kampus. Sebagai seorang tokoh statistik dan akademik, beliau aktif dalam pembangunan ilmu yang memberi impak kepada dasar negara, selain menyokong agenda kebangsaan dalam memperkasa kepakaran tempatan.

Pelantikan beliau sebagai Ahli Kehormat ISMy mencerminkan penghargaan terhadap dedikasi beliau dalam mengangkat martabat pendidikan tinggi dan memperluaskan peranan statistik dalam pelbagai bidang pembangunan negara.


Disediakan oleh:

Dr. Nur Haizum Abd Rahman

Setiausaha Kehormat II ISMy


 
 
 

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page