top of page
Search

Kriteria Keahlian Institut Statistik Malaysia


Kategori Keahlian


A. Ahli Biasa

  • Kewarganegaraan: Malaysia.

  • Hak: Mengundi dalam hal-hal Institut dan boleh dilantik sebagai Ahli Majlis.

  • Kelayakan: Memiliki diploma, ijazah, sarjana, atau PhD dalam statistik atau bidang berkaitan daripada universiti/institusi diiktiraf.


B. Ahli Bersekutu

  • Seseorang yang mempunyai sekurang-kurangnya ijazah pertama dan pengalaman kerja yang berkaitan dengan bidang statistik atau

  • Seseorang yang mempunyai sekurang-kurangnya ijazah pertama dan pengalaman kerja yang berkaitan dengan bidang statistik dan bukan warganegara yang bekerja di Malaysia dan

  • Calon mesti dicadangkan oleh seorang Ahli Biasa atau Ahli Seumur Hidup.


C. Ahli Kehormat

  • Calon terdiri daripada Ketua Perangkawan Malaysia, mantan Ketua Perangkawan Malaysia dan mantan Presiden ISMy, atau

  • Individu yang berjasa dalam bidang statistik yang disahkan oleh Ahli Majlis ISMy.


D. Ahli Seumur Hidup

  • Memenuhi syarat Ahli Biasa dan membayar yuran keahlian seumur hidup.


E. Ahli Korporat

  • Organisasi atau syarikat (swasta atau awam) yang menyokong objektif ISMy.

  • Pencalonan perlu dicadangkan oleh seorang Ahli Majlis dan diluluskan melalui undian majoriti.


F. Ahli Pelajar

  • Sedang mengikuti pengajian dalam bidang statistik atau subjek berkaitan di institusi pengajian tinggi diiktiraf.


Pengiktirafan

  • Semua permohonan keahlian perlu diperakukan dalam mesyuarat Ahli Majlis ISMy.


Hak Mengundi

  • Hanya Ahli Biasa, Ahli Seumur Hidup, dan Ahli Korporat yang aktif, mempunyai hak

    mengundi dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan urusan Institut dan untuk

    berkhidmat sebagai Ahli Majlis.


📝 Permohonan Keahlian

  • Permohonan hendaklah dihantar kepada Setiausaha ISMy melalui laman web untuk dipertimbangkan oleh Ahli Majlis.

  • Ahli Majlis berhak menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.



📧 Sebarang pertanyaan lanjut: ismycouncil@gmail.com

 
 
 

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page