Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Institut Statistik Malaysia (ISMy) akan menganjurkan Seminar Kebangsaan Institut Statistik Malaysia ke 18 2024 (SKISMXVIII 2024) pada hari Khamis 7 Mac 2024 dengan tema Memacu Pembangunan Industri dan Masyarakat melalui Pemerkasaan Data Sains dan Data Analitik. Penganjuran seminar ini merupakan salah satu usaha INSPEM dan ISMy untuk mengumpul semua penyelidik statistik di Malaysia untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan penyelidikan.
Semua kertas kerja penuh yg telah dibentangkan dan diterima akan diterbitkan dalam jurnal scopus dengan bayaran tambahan dan JOSMA (tanpa bayaran).
Pendaftaran boleh dibuat melalui link berikut:
Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Terima kasih,
Sekreteriat SKISMXVIII 2024
Comments