top of page
  • Writer's pictureIqbal

Buletin ISMy Disember 2022

KUNJUNGAN HORMAT AHLI MAJLIS INSTITUT STATISTIK MALAYSIA KE PEJABAT NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


Pada 6 Disember 2022, Ahli Majlis Institut Statistik Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor di Pejabat Naib Canselor, UiTM, Shah Alam. Institut Statistik Malaysia (ISMy) telah diwakili oleh Presiden ISMy, Prof. Dr. Habshah Midi, Timbalan Presiden ISMy, Prof. Dr. Ibrahim Mohamed, Bendahari Kehormat, Prof. Madya Dr. Wan Zawiah Wan Zin @ Wan Ibrahim, Setiausaha Kehormat, Dr. Nur Haizum Abd Rahman, Dr. Norshahida Shaadan dan Dr. Adzhar Rambli. Pertemuan ini turut dihadiri oleh Penolong Naib Canselor Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media, Prof. Ts. Dr. Haryani Haron, Ketua Pusat Pengajian Sains Matematik Prof. Madya Ts. Dr. Ahmad Zia Ul-Saufi, Prof Madya Dr. Sayang Mohd Deni dan Prof. Dr. Nor Azura Md Ghani.


Dalam pertemuan tersebut, Presiden ISMy telah memperkenalkan barisan Ahli Majlis ISMy dan semua aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan oleh ISMy. Segala aktiviti yang dianjurkan dapat dilaksanakan dengan jayanya kerana mendapat kerjasama yang erat dari semua universiti di Malaysia termasuk juga daripada industri iaitu Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia. Presiden ISMy memaklumkan bahawa tujuan utama lawatan ini ialah untuk berbincang dan mendapatkan sokongan daripada YBhg. Datuk Naib Canselor UiTM untuk penganjuran persidangan dwitahunan ISMy, iaitu International Statistical Conference keenam (ISM-VI) yang bakal dianjurkan secara bersama di antara UiTM dan ISMy pada bulan September 2023. YBhg. Datuk Naib Canselor telah memberi respon positif dan menyokong sepenuhnya penganjuran persidangan ini.


Beberapa isu berkaitan peranan ahli statistik telah turut dibincangkan bersama YBhg. Datuk Naib Canselor. Beliau turut memberi ruang supaya ISMy dapat bekerjasama rapat dengan UiTM untuk melaksanakan program statistik melalui slot radio UiTM. ISMy mengalu- alukan cadangan ini dan satu tindakan susulan akan diambil secepat mungkin demi kemajuan dan kebaikan semua ahli ISMy dan masyarakat. Kunjungan hormat seumpama ini dilihat mampu menjadi platform berkesan dalam usaha memantapkan kerjasama antara ISMy dan UiTM dalam usaha memperkenal dan mendedahkan apa itu ilmu statistik, aplikasi dan keperluannya kepada masyarakat.


Disediakan oleh,

Dr. Nur Haizum Abd Rahman

Setiausaha Kehormat ISMy 2022-2024


Buletin Disember 2022
.pdf
Download PDF • 391KB

52 views0 comments

Recent Posts

See All

Anugerah Institut Statistik Malaysia

ANUGERAH FELO ISMy KRITERIA Mempunyai kepakaran statistik yang diiktiraf. Menyumbang kepada perkembangan statistik di pelbagai peringkat iaitu masyarakat, industri, negara atau antarabangsa. Menyumban

bottom of page